Saturday 6 August 2011

wanita s0lehah

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

Friday 5 August 2011

‎5 bonus khas ramadhan...

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : ” Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: ‘Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’ (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4: Syaitan-syaitan akan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada selain ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).” Mengenai bonus kelima ini,ada sahabat yang bertanya kepada rasulullah s.a.w, “Ya Rasulullah,apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?” Baginda menjawab,”Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (riwayat ahmad)

Jadi,marilah kita sama-sama mendapatkan bonus khas ini dengan memperbanyakkan amal pada bulan ramadhan. insyaAllah.

seLamat berpuasa

selamat berpuasa diucapkan kepada semua ummat Islam..tak kira dimana dalam negara or luar negara...sem0ga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yg lalu...kullu 'am waantum bikhair..insyaAllah...